BREAKING NEWS

19 September 2016

Perkara Yang Menghancurkan Suami Dan Perkahwinan




Ketika baharu memasuki gerbang alam perkahwinan seorang isteri biasa terdorong besar untuk memiliki semua kebahagiaan yang dimpikannya melalui pengalaman atau lamunanya semasa melihat sinatron dan novel yang mengkhayalkan. Oleh itu, tidak hairan jka ada antara isteri itu mendadak dan tergesa-gesa untuk mengecapi alam fantasinya yang tidak terpijak di dasar realiti lantas membuat tindaka-tindakan abnormal dan agak keterlaluan pada keupayaan suami.

Dalam situasi ini, isteri perlu berhati-hati dalam mengurus suami dan perkahwinan agar a kekal hingga ke jannah.

Berikut adalah beberapa perkara yang tanpa anda sedari dapat menghancurkan suami dan perkahwinan anda.

1. Hidup Melebihi Kemampuan Anda

Seoran wanita bijaksana pernah berkata "Perkara terbaik yang dapat dilakukan seorang wanita bagi suaminya ialah hidup sesuai dengan kemampuannya". 

Berdasarkan petikan tersebut seharusnya isteri menunjukan penghargaan dan rasa hormat kepada suami dengan mengikut bajet perbelanjaan secara saksama dan memanfaatkan sebaik-baiknya apa yang anda miliki.

Merengek terus-menerus kerana tiadak cukup belanja dan melakukan pengeluaran secara boros sehingga sanggu berhutang adalah cara yang buruk untuk menyatakan terima kasih kepada suami anda yang setia dan sudah bekerja keras untuk memenuhi keperluan rumah tangga.

Anda mungkin tidak mampu membeli beg Gucci yang berjenama yang sudah berbulan-bulan anda impikan tetapi suami anda akan berterima kasih bahawa anda telah menghormatinya dan bersyukur ata apa yang anda telah lakukan.

2. Sikap Negatif Yang Tiada Hentinya

Sebagai seorang isteri anda mungkin tidak dapat lari dari menghadapi pelbagai masalah seperti rumah bersepah, jiran bising, rakan sekerja yang tidak jujur, kereta rosak dan pelbagai lagi masalah. Apabila suami pulanng dari kerja anda pula melontarkan semua kekesalan yang memenuh hati anda pada masa itu.

Bayangkanlah bebanan seberat itu dan sikap negatif menguasi diri. Walau pun suami sememangnya boleh membetulkan sesuatu masalah yang tidak beres tetapi jika anda meluahkan dengan segala hal negatif maka sulit bagi suami memecahkan persoalan anda.

Sedarlah suami yang baik ingin hidup bahagia dan apabila anda tidak membantunya untuk  hidup merasabahagia maka suami akan merasa stress dan terganggu.

Tidak salah anda mengeluh kepada suami tentang sesuatu hal, akan tetapi janganlah keterlaluan dan setiap hari mengeluh.

3. Mementingkan Hal-Hal lain

Bila isteri lebih memikirkan tentang anak, ibu, teman, saudara lebih daripada suami anda maka secara terang-terang anda menyatakan bahawa dia tidaklah penting. Bayangkanlah bila selama bertahun-tahun seseorang melakukan hal itu terhadap anda, Apakah perasaan dan apakah yang akan terjadi kepada anda ?

Utamakan Suami Anda !

Meskipun anda sebagai seorang isteri menganggap hal itu tidak produktif  tetapi percayalah anda akan takjub bila menyedari bahawa itulah kunci kebahagiaan terbesar dalam perkahwinan. Banyak pasangan bercerai kerana mereka saling memperlihatkan dan mengasihi serta tidak mengutamakan pasangan mereka.

4. Tidak Bersikap Mesra Terhadap Suami

Lelaki merindui dan memerlukan kemesraan dari isteri dalam diam, bila sang isteri teru menerus mengabaikan hal ini mereka akan kecewa dan frusturasi.

Hubungan jasmani tidak boleh diperalatkan untuk mengadilikan suami. Perkara ini hendaklah dipandang secara sakral untuk menjalin ikatan yang kuat antara suami dan isteri berdua.

Anda sebagai isteri merasakan kurniaan yang besar bila anda merasa diperlukan dan dirindukan oleh suami romantis yang ingin menikmati sesuatu yang penting dan indah cuma bersama anda.

Walau anda sebagai isteri tidak  menginginkan saat itu, sangatlaah penting bahawa anda mengikut kemahuannya dan meluangkan waktu untuk menjalin kasih sayang bersama.


5. Perbezaan Antara Wanita Dan Peria

Sudah menjadi naluri wanita suka memberi tanda dan lelaki tidak memahami tanda. Itulah hakikatnya naluri lelaki yang lambat mengesan tanda yang diberikan oleh wanita.

Janganlah membuang waktu dengan memberikan tanda yang tidak difahaminya. Berbicaralah dengan cara terbaik dan jujur tentang apa yang anda rasakan. dengan kata lain jangalah tunggu sampai anda meletus.

Bila sua anda bertanya "ada apa ??"  janganlah berdusta dengan menjawab "tidak ada apa-apa" tetapi berharap  suami akan membaca fikiran dan emosi anda. Bersikap terbuka dalam menyatakan perasaan anda tetapi jangan sampai menjatuhkan air mukanya. nyatakanlah dengan tertib dan berpekerti tinggi. 

Percayalah suami anda akan menyayangi anda lebih dari segala-galanya

Share this:

 
Copyright © 2014 Boleh Viral . Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates