BREAKING NEWS

20 September 2016

Fenomena Air Pasang Besar sekitar Selangor Dan Kedah




Gambar di Pulau Kundur 


Fenomena air pasang besar berlaku sejak dua hari lalu iaitu pada Ahad lepas disebabkan oleh tarikan graviti daripada bulan dan matahari (spring tide) dan fenomena angin kencang barat daya yang berlaku serentak.


Menurut Timbalan Pengarah Institut Sains Samudera dan Bumi (IOES) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, fenomena Spring Tide itu berlaku dua kali sebulan iaitu pada saat bulan baharu dan bulan purnama.



Fenomena Spring Tide / Air Pasang Besar Luar Biasa

Spring Tide terjadi ketika bumi, bulan dan matahari berada dalam keadaan selari, tarikan graviti daripada bulan dan matahari akan menghasilkan air pasang yang tinggi daripada biasa. Berkait dengan peristiwa yang berlaku ini kejadian Spring Tide dan tiupan angin kencang barat daya yang berlaku pada masa yang sama menyumbang kepada keadaan air pasang yang lebih tinggi daripada biasa. Seramai 1,089 penduduk dari beberapa kawasan yang terjejas ekoran fenomena air pasang besar masih ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sehingga petang tadi meurut sumber Bernama.



Akibat Fenomena Air Pasang Besar

1.Di KEDAH
seramai 769 mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan banjir di daerah Kuala Muda, iaitu di Sekolah Kebangsaan Seri Kuala (267 orang); Rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Meriam (262 orang); Dewan Kampung Paya (94 orang); Surau Kampung Sungai Yu (74 orang) dan Dewan Telok Amboi (72 orang).

2. Di SELANGOR, jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi masih tidak berubah sehingga 5 petang tadi iaitu 224 orang.

3. Di MELAKA Jabatan Pengurusan Bencana Negeri sentiasa memantau perkembangan fenomena air pasang besar di negeri ini terutama di kawasan persisir pantai bagi memberikan amaran awal serta memastikan ia tidak membahayakan penduduk.
Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata angin barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak besar mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, iaitu kawasan barat laut Semenanjung Malaysia sehingga esok.

Beliau juga menasihatkan penduduk di kawasan berhampiran pantai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikut perkembangan cuaca semasa.

Share this:

 
Copyright © 2014 Boleh Viral . Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates