Anak lelaki merupakan tunjang kepada kekuatan keluarga dalam membantu dalam hal-hal yang penting ibu bapa mereka. Oleh itu, anak lelaki haruslah didik dengan betul dan sempurna sejak masih kecil jika tidak didik dengan betul atau terpengaruh dengan unsur negatif dari luar tidak mustahil tunjang kekuatan keluarga ini akan menjadi beban yang besar dikalangan ahli keluarga.
Anak lelaki pada masa kini amat terdedah kepada segala macam perkara yang boleh merosakan diri dan pemikiran mereka sama ada melalui pergaulan, media sosial, bahan bacaan tidak bertapis, rancangan yang merangsang ke arah kemudaratan dan banyak lagi.
Sebagai seorang bapa atau ibu kepada anak lelaki, seharusnya kita perlu mengajarkan kepada mereka segala perkara untuk menjadi seorang lelaki yang baik dan budiman.
Berikut apa yang harus diajarkan oleh seseorang ketua keluarga kepada anak lelaki mereka.
MENGHORMATI WANITA
Lelaki yang dikatakan gantelman ialah lelaki yang sangat menghargai dan menghormati wanita. Oleh itu, Sejak dari kecil anak lelaki perlu dididik untuk menyedari perbezaan peranan mereka dan wanita agar mereka tidak meleceh atau merendahkan taraf wanita pada tempat yang tidak sepatutnya.
BERANI
Lelaki sememangnya dilahirkan dengan fitrah keberanian dan keperwiraan. Lihat sahaja mereka bermain-main pasti mereka akan melakonkan aksi super hero idaman mereka atau pun seorang perajurit mempertahankan negara. Jika ini tidak berlaku pasti ada sesuatu yang tidak normal berlaku seperti bermain-main anak patung, berpakaian wanita dan lain-lain. Oleh itu, pastikan anak lelaki memiliki sifat berani tetapi tetap terkawal agar pada masa hadapan nanti mereka akan mampu menghadapi mihnah dan tribulasi yang semakin berkembang dengan berani.
BERINISIATIF MENGAMBIL KEPUTUSAN
Saat suatu hari nanti lelaki sudah pasti akan menghadapi pilihan-pilihan penting dalam hidupnya. Keadaan ini lebih jelas apabila ia menjadi ketua rumahtangga dn dituntut mengambil keputusan-keputusan yang terbaik untuk orang yang tercinta.
Ajarkan mereka sejak dari kecil agar anak-anak ini memiliki kebebasan memilih dan mengambil keputusan serta bertanggungjawab terhadap keputusannya.
TIDAK MENYAKITI WANITA
Didiklah anak-anak lelaki mengenal perbezaan fizikal dan psikologi antara lelaki dan perempuan. Selain itu, didiklah mereka untuk tidak menyakiti wanita tanpa alasan yang munasabah sama ada seara fizikal atau psikologi.
TIDAK MUDAH MENANGIS
Lelaki sememangnya kerap menangis untuk hal-hal tertentu. Akan tetapi seorang ibu atau bapa yang baik akan mengajarkan anaknya untuk kuat, tidak mudah menangis dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran.
MENDAHULUKAN WANITA
Menghargai wanita dan menghormati wanita dapat ditunjukkan dengan cara yang alami dan bersahaja. Contohnya mendahulukan wanita ketika berselisih di depan pintu atau kenderaan. namun begitu, dalam hal-hal penting lelaki seharusnya tidak membiarkan wanita menentukan segala hal penting dalam kehidupan. Ini kerana dari segi emosi wanita lebih cenderung mengambil keputusan mengikut perasaan.
BERTANGGUNG JAWAB
Tanggung jawab merupakan salah satu sikap yang perlu didik sejak kecil. Terutamanya kepada naka lelaki yang akan menjadi ketua rumah tangga atau mana-mana organisasi yang dipimpinnya. Sejak dari kecil ibu atau bapa sebaik-baiknya mengajarkan mereka realiti pentingnya bertanggungjawab agar pada suatu ketika nanti mereka akan menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggung jawab terhadap setiap perkara yang diambilnya.
PANTANG MENYERAH
Sikap atau pendirian pantang menyerah penting diajarkan sejak kecil. Sikap ini boleh dipupuk seperti menyelesaikan masalah permainannya, menyelesaikan kerja rumahnya dan lain-lain. Seterusnya, hal ini akan memberi pengalaman dan mengajarkan mereka untuk tidak mudah menyerah dalam segala permasalahan kehidupanDISIPLIN
Disiplin diri amat penting untuk kehidupan yang mendatang. Lihat sahaja dalam lingkungan pekerjaan, kehidupan bermasyarakat dan lainnya sememangnya memerlukan disiplin untuk terus kekal menjadi seorang lelaki sejti.
MEMPUNYAI PRINSIP YANG BETUL
Mempunyai prinsip yang benar atau yang betul merupakan dasar keteguhan dalam menyelesaikan permasalahan. Oleh itu, sejak dari kecil harus diajar anak lelaki tentang kebenaran dan hal yang baik agar suatu hari nanti mereka akan menjadi insan yang dihormati kerana memiliki prinsip yang betul.

Post a Comment