BREAKING NEWS

21 September 2016

USB Smartphone Android Tidak dapat dikesan Kompuetr




USB Smartphone Android tidak dapat dikesan oleh Komputer merupakan masalah umum yang berlaku pada mana-mana smartphone yang menggunakan andoid sebagai Operation System (OS).

Dari sudut lain, smartphone yang tidak bermasalah akan mendeteksi penyambungan kabel USB secara auto atau dalam istilah mudah plug and play.

Punca utama terjadinya keadaan ini adalah disebabkan faktor-faktor berikut :

1. Kabel USB rosak
2. Port USB dalam smartphone mengalami masalah atau kegagalan menditeksi peranti / smartphone.
3. Firmware semasa penginstalan update tidak sempurna.


KABEL USB ROSAK

Keadaan ini tidaklah dikira terlalu bermasalah. Anda hanya perlu menukarkan kabel tersebut dengan kabel yang baru. Langkah in perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum anda melangkah kepada langkah 2 atau 3 yang lebih rumit.

Jika sambungan Berjaya selepas kabel USB ditukar maka anda telah berjaya menyelamatkan smartphone anda.


PORT USB GAGAL MENTEKSI SAMBUNGAN

Jika computer hanya mendeteksi smartphone anda sedang mengecas maka berikut adalah langkah yang anda perlu lakukan dengan teliti :

1. Sambungkan smartphone anda ke komputer menggunakan USB kabel.
2. Lihat pada status bar smartphone anda jika ada notifikasi sambungan.
3. tap pada notifikasi tersebut.
4. Lihat jika tidak ada " Tick " mana-mana. silalah tick pada Media Device ( MTP )



FIRMWARE PROBLEM

Pada kebiasaannya masalah firmware ini berlaku selepas operasi update android version. Ini boleh dikenalpasti melalui perbandingan sebelum dan selepas operasi update tersebut selesai.

Jika sambungan kabel USB anda gagal maka sila rujuk kepada mereka yang lebih pakar sebelum anda menjahanamkan lagi android kesayangan anda.



Share this:

 
Copyright © 2014 Boleh Viral . Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates