BREAKING NEWS

19 September 2016

Rahsia Melemahkan Ego Suami


Suami merupakan ketua keluarga dalam sesebuah rumahtangga. Di atas kepalanya terpikul dengan pelbagai tanggung jawab dan bebanan yang harus di langsaikan setiap masa dan keadaan. Jika berlaku masalah dialah orang pertama dipalitkan kesalahan tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah jika karektor lelaki bergelar suami dan bapa ini kebanyakan agak serius berbanding senyuman.

Hal tersebut memang sukar diterima oleh sang isteri kerana ereka inginkan pasangannya lebih romantik dan lebih menghargai mereka seperti zaman awal-awal di lamun cinta dahulu.

Setiap apa perkara yang berlaku sudah pasti ada kaedah penyelesaiannya. Maka di sini mari kita rungkai satu persatu rahsia melemahkan ego suami sehingga mata dan bibirnya kembali menyinar seperti dahulu. 

Berikut adalah rahsia menundukkan suami seperti menundukkan sang singa penguasa :

  1. Sediakan air minum suami. Air minum suami hendaklah sentiasa disediakan walaupun tanpa diminta oleh suami. Apatah lagi apabila ketika suami pulang dari temat kerja. 
  2. Elakkan menarik muka moody kepada suami. Lontarlah senyuman walaupun pahit dan kelat untuk dizahirkan. Jika menghadapi masalah berbincanglah dengan bahas yang berlapik dan bijaksana. Jika anda teruskan juga dengan moody anda maka ia akan mengundang perasaan tersinggung dan melahirkan satu lagi muka moody di sebelah suami. Jika tidak terkawal kemungkinan besr perang dingin akan menjadi perang nuklear.
  3. Bergurau senda dengan suami. Tidak salah jika kita bermanja dan bergurau senda dengan suami sendiri kerana itu merupakan salah satu perkara yang dituntut dalam agama. Jadikan anda pemain utama dalam hal ini walau pun suami anda sebelum ini dalam keadaan serius dan tidak bersedia untuk bergurau. Anggaplah ketika itu sang penguasa sedang memikirkan kelangsungan hidup keluarganya. Oleh itu, jika anda melayan suami sedemikian sekurang-kurangnya stress yang dihadapinya akan menurun akhirnya sang suami ketawa dan tersenyum bersama anda.
  4. Hiaslah rumah yang menyedapka mata dan hati suami. Hiasan rumah yang nyaman dan sejuk mampu menimbulkan rasa aman dan tenang di hati suami. Jika ia berlaku anda akan dapati suami agak keberatan untuk keluar bersama rakan mereka menghabiskan masa di luar. Suami akan seronok dan suka bersama anda di rumah melayan anda dan anak-anak.
  5. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas. Rahsia untuk memikat hati suami yang paling penting ialah pastikan diri anda bersih, kemas dan cantik. 
  6. Bertutur dengan lemah lembut dengan suami. Rahsia inilah yang digunakan oleh ibu-ibu kita bila berbicara dengan bapa kita dahulu. Oleh kerana itu, jarang kita lihat perlaku perselisahan dan ketegangan dalam rumahtangga.
  7. Suami marah diamkan diri. jika suami mula menunjukkan kemarahan maka tenang dahulu biarkan ia menunjukkan belangnya dan jangan kita menjadi minyak penyebab maraknya api.
  8. Jangan suami berhajat kepada anda jangan lengah-lengahkan kehendak mereka. Layanlah sebaik mungkin kerana sememangnya ia perkara murni yang dituntut dalam agama. Sebagaimana kita ketahui majoriti punca perceraian berlaku di negara ini disebabkan suami merasa kurang perhatian lantas mencari jalan alternatif untuk melayan kehendak mereka.
  9. Minta izin dengan suami jika ingin ke luar rumah. Tunjuk budi pekerti tinggi anda sebagai seorang isteri yang setia kepadanya. Tidak hina jika meminta izin untuk keluar tetapi amat derhaka meniggalkan rumah suami tanpa meninggalkan pesan apa-apa. Begitulah juga apabila terlewat pulang, hubungilah suami melalui kemudahan yang ada agar tidak timbul perasaan kurang enak di dalam hati suami.
  10. Tunjukkan wajah ceria dan bahagia apabila suami pulang dari kerja. Dengan cara ini ia akan mengembalikan semangat suami yang sebelum melangkah pulang tadi sememangnya amat terbeban dengan pelbagai kerja dan masalah. Bila anda tersenyum itu merupakan suntikan superpower energy kepadanya.
  11. Suami bercakap jangan menyampuk. Tunjukkan budi pekeri anda ketika bercakap atau berbincang dengan suami. jangan sekali-kali mencabar kredibeliti suami dengan memotong-motong cakap suami. Hal ini merupakan perbuatan yang tiada adab di sisi agama dan masyarakat. Biarkanlah suami habiskan kata-katanya kemudian mainkan peranan anda untuk meluahkan isi ucapan anda dengan baik, tenang dan tersusun. Jika anda berbuat demikian percayalah suami akan lebih menghormatia anda.

Kesimpulannya, Untuk kekal bahagia janganlah anda menjadi satu lagi kepala pada badan singa yang garang. ukuplah anda menjadi sang pengembala atau penunggang singa yang sentiasa menundukkan hati yang samat ego dan serius.

Share this:

 
Copyright © 2014 Boleh Viral . Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates