BREAKING NEWS

21 September 2016

Adab Suami Ketika Isteri Hamil






Isteri merupakan anugerah allah kepada seorang lelaki bergelar suami. Melaluinya akan lahir penyambung zuriat keturunan yang akan mewarisi ciri-ciri ayah atau ibunya. Tatakala isteri sedang melalui masa-masa hamil, maka pada diri suami tersebut akan terletak satu tanggung jawab yang lebih untuk melayani karenah isterinya. Ini kerana pada saat-saat kehamilan tersebut kebiasaannya emosi isteri berada dalam situasi tidak stabil.

Di sisi isteri pula tersimpan satu perasaan untuk menerima perhatian yang lebih daripada suami yang disayanginya. Oleh itu, ada beberapa perkara atau adab yang perlu ditunjukkan oleh suami terhadap isterinya sepanjang tempoh kehamilan tersebut


Berikut adalah Adab Suami Ketika Isteri Hamil

  1. Tunjukkan rasa kasih sayang. Buktikan kepada isteri anda bahawasanya dialah seorang insan yang anda sayangi bagai seorang bidadari syurga yang menjadi pewaris takhta anda. Lakukan perkara-perkara yang membuat isteri anda merasa bahagia seperti bergurau senda, membelai rambutnya, menyuapkan makanan dan lain-lain.
  2. Jujur. Perkara yang wanita inginkan daripada pasangannya ialah kejujuran hati. Jika lelaki tidak berlaku jujur maka akan hilanglah kepercayaan wanita tersebut kepada pasangannya. Begitu jugalah isteri, mereka ingin kejujuran yang tulus suci dari suaminya kerana disitulah terpasak tiang kebahagaan dan kerukunan rumahtangga. Selain itu, hindarilah bersikap kejan terhadap isteri.
  3. Selesaikan perselisihan sebelum tidur. Jangan biarkan sesuatu perselishan berlalu begitu sahaja tanpa ada penyelesaian dari kedua belah pihak. Oleh itu, sebagai suami mainkan peranan anda sebagai orang yang lebih matang untk merungkai kekusutan yang terjadi. Jika perlu mengalahlah walau pun kesalahan itu bukan berpunca daripada anda.
  4. Jaga mulut. Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat apatah lagu mempermain-mainkan perkataan talak kepada isteri. Ambil pendekatan yang lebih dengan bersikap sabra atau menjauhkan diri dalam situasi yang boleh menceluparkan mulut anda.
  5. Doa. Ketika isteri sudah menghampiri saat bersalin, suami digalakan memperbanyakkan bacaan doa dan solat sunat memohon keselamatan dan kebahagiaan.

Kesimpulannya, wanita hamil perlu perhatian dan belaian daripada suami maka suami berilah apa yang mereka inginkan dan berkorbanlah masa anda atas perkara-perkara sampingan yang lain jika ingin melihat isteri anda bersalin dalam keadaan tenang dan sihat.

Share this:

 
Copyright © 2014 Boleh Viral . Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates