Isteri merupakan anugerah allah
kepada seorang lelaki bergelar suami. Melaluinya akan lahir penyambung zuriat
keturunan yang akan mewarisi ciri-ciri ayah atau ibunya. Tatakala isteri sedang
melalui masa-masa hamil, maka pada diri suami
tersebut akan terletak satu tanggung jawab yang lebih untuk melayani
karenah isterinya. Ini kerana pada saat-saat kehamilan tersebut kebiasaannya
emosi isteri berada dalam situasi tidak stabil.
Di sisi isteri pula tersimpan satu perasaan untuk menerima
perhatian yang lebih daripada suami yang disayanginya. Oleh itu, ada beberapa
perkara atau adab yang perlu ditunjukkan oleh suami terhadap isterinya
sepanjang tempoh kehamilan tersebut
Berikut adalah Adab Suami Ketika Isteri Hamil
11. Tunjukkan rasa kasih sayang.
Buktikan kepada isteri anda bahawasanya dialah seorang insan yang anda sayangi
bagai seorang bidadari syurga yang menjadi pewaris takhta anda. Lakukan
perkara-perkara yang membuat isteri anda merasa bahagia seperti bergurau senda,
membelai rambutnya, menyuapkan makanan dan lain-lain.
22. Jujur. Perkara yang wanita
inginkan daripada pasangannya ialah kejujuran hati. Jika lelaki tidak berlaku
jujur maka akan hilanglah kepercayaan wanita tersebut kepada pasangannya.
Begitu jugalah isteri, mereka ingin kejujuran yang tulus suci dari suaminya
kerana disitulah terpasak tiang kebahagaan dan kerukunan rumahtangga. Selain
itu, hindarilah bersikap kejan terhadap isteri.
33. Selesaikan perselisihan
sebelum tidur. Jangan biarkan sesuatu perselishan berlalu begitu sahaja tanpa
ada penyelesaian dari kedua belah pihak. Oleh itu, sebagai suami mainkan
peranan anda sebagai orang yang lebih matang untk merungkai kekusutan yang
terjadi. Jika perlu mengalahlah walau pun kesalahan itu bukan berpunca daripada
anda.
44. Jaga mulut. Jangan sesekali
mengeluarkan kata-kata kesat apatah lagu mempermain-mainkan perkataan talak
kepada isteri. Ambil pendekatan yang lebih dengan bersikap sabra atau
menjauhkan diri dalam situasi yang boleh menceluparkan mulut anda.
55. Doa. Ketika isteri sudah
menghampiri saat bersalin, suami digalakan memperbanyakkan bacaan doa dan solat
sunat memohon keselamatan dan kebahagiaan.
6
Kesimpulannya, wanita hamil perlu perhatian dan belaian
daripada suami maka suami berilah apa yang mereka inginkan dan berkorbanlah
masa anda atas perkara-perkara sampingan yang lain jika ingin melihat isteri
anda bersalin dalam keadaan tenang dan sihat.

Post a Comment