Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada hari ini bersamaan 5 Jun 2012 begitu tidak ceria gayanya apabila ditanya tentang pembidaan nombor plat kereta WWW 15 yang bernilai RM 24, 200.
Sebelum ini beliau memberi alasan bahawa pembelian nombor tersebut kerana kementeriannya telah menggantikan kereta rasmi oleh itu plat kereta juga perlu ditukar.Bagaimanapun, awal pagi ini, Sin Chew Daily memetik seorang pegawai sebagai berkata, tiada peruntukan untuk menteri membida nombor pendaftaran untuk kereta baru.
