Maka gegak gempitalah seluruh negara apabila ada seorang rakyat jelata terkeluar kata-kata mengungkit apa yang Paduka Raja telah belanjakan harta semata-mata ingin membeli plat kereta baginda. Rakyat yang biasa ini mengatakan itu satu pembaziran apa lagi jika menggunakan duit rakyat jelata.
WWW 1 itulah plat yang bernilai RM 500, 000 yang telah dibeli oleh Paduka Raja. Hamba tersebut digelarkan Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin asalnya dari Perak. Dia mengungkit hal tersebut di dalam twiternya.
Berita tersebut telah sampai ke Istana, maka Raja sangat murka kepadanya. Baginda mengatakan bahawa dia tidak pernah menggunakan harta benda rakyat jelata untuk membeli plat nombor tiga huruf dan satu nombor tersebut. Baginda menyatakan bahawa dia mempergunakan hartanya sendiri.
Apabila Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin mendengar murka Raja kepada beliau dan menyiasat perkara yang sebenar. Pada suatu hari beliau telah merafakkan mohon keampunan kepada Raja.
Namun kekecohan tersebut tidak berhenti di situ... maka muncullah hulu balang entah dari mana ingin mengambil tindakan kepada Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin kerana telah melukakan hati Raja. Mereka ini tentera biru yang amat kuat mempertahankan kesultanan Raja-raja Melayu.
Nizar telah dilapor polis telah dimaki hamun dan sumpah seranak dan jika boleh keris dipinggang ingin di hunuskan kepada Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
Kenapa hulu balang biru ini sangat benci kepada Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. Salahnya hanya sati Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ialah orang Hijau. Benci kepada Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin amat kesumat sekali.
Namun begitu mereka terlupa sebenarnya ada lagi orang lain yang menyindir kemuliaan Raja. Mereka ini telah melakar kartun menyindir Raja yang membelanjakan duit baginda untuk dirinya. Mereka tidak mengendahkan orang tersebut kerana mereka itu merupakan sebahagian daripada mereka. Nizar tetap menjadi penjahat dihati mereka....

