Hud2 teruja betul pabila dikumandangkan berita mengatakan AC Mizal mengadakan ceramah politik di salah sebuah tempat di negeri Perak. Dengan tidak membuang masa Hud2 terbang mengintai apakah perkhabaran itu benar belaka.
Walau bagaimanapun, berita itu amat mendukacitakan apabila 15 000 tersebut bukanlah manusia yang hadir tetapi kerusi-kerus yang terpaku kosong. AC Mizal merupakan seorang pelakon , pengacara dan penyanyi mungkin memendam erasaan hampa dan malu kerana sambutan ke konsertnya lebih ramai daripada tempat yang beliau akan berceramah.
AC Mizal merupakan ahli UMNO yang baru bergiat aktif dalam arena politik negara. Suatu ketika dulu beliau pernah berjanji akan membantu parti yang disertainya dalam apa jua aktiviti-aktiviti dijalankan. Namun sedikit mengecewakan apabila perkara seperti ini terjadi pada dirinya.
Dalam pada itu, akhbar Utusan Malaysia dengan tidak segan dan silu menmbuat laporan mengatakan bahawa lebih 15 000 orang belia menghadiri majlis ceramah tersebut yang dianjurkan oleh YB Hamidah UMNO.
Sama-sama kita teliti gambar yang postkan di bawah.


