03 June 2012
Anak Dara Melayu (Islam) Kahwin Mat Salleh (Kristian)
Posted by meputra on 1:35 AM in Dunia | Comments : 0
Tergamam seketika Hud2 di negera Kanggaru. Apa tidaknya kelihatan si anak dara Melayu telah berkahwin dengan seorang Mat Salleh yang sememangnya beragama Kristian (bukan Ahli Kitab ya).
Berita perkahwinan antara seorang wanita melayu iaitu Zara Shafruddinn telah berkahwin dengan Nick Rudd
yang merupakan anak bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd di Gereja St James ‘di King St, Sydney,
Berita gembira mengenai majlis perkahwinan Nick Rudd dan Zara Shafruddinn ini juga dihebahkan oleh Kevin Rudd dan isterinya, Therese Rein melalui twitter.
Perkahwinan itu telah dihadiri oleh keluarga dan kawan rapat pasangan itu. Selepas majlis, pasangan itu telah diiringi dalam limosin ke Catalina di Rose Bay untuk resepsi.
Terasa sedih mengenangkan nasib agama Islam yang kian dipinggir oleh anak muda Melayu pada zaman kini. mereka sewenang-wenangnya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai benteng kehidupan mereka sehingga senang di bolos oleh nafsu semata-mata.
Terfikir juga di mana Dato' Dr. Hassan Ali yang lebih dikenali sebagai Hassan Akidah. Adakah beliau ada mengambil beberapa langkah untuk menyelamatkan akidah wanita Melayu lagi Islam ini ?


