Diet pemakanan yang sebarangan adalah tidak baik untuk kesihatan jantung. Selain itu, merokok dan minuman alkohol juga pendorong kepada resiko serangan jatung.
Ditambah pula dengan kadar kolestrol yang tinggi juga membuka lagi peluang kepada terkena serangan jantung.
Oleh itu, bagi anda yang mahu jantung yang kuat dan sihat di sini dikongsikan 3 cara yang paling mudah dilaksanakan.
- MENURUNKAN LEMAK PERUT : Lemak perut berlebihan meningkatkan resiko penyakit jantung dan kematian. Menurut kajian Jurnal Annals Of Internal Medicine mendapati, orang yang memiliki rasio lemak perut, pinggang dan pinggul lebih besar lebih mungkin meninggal awal walaupun mereka memiliki BMI normal.
- MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN DOKTOR GIGI : Mulut memiliki bakteria baik atau buruk kepada saluran darah dan jantung. Selain merawat dan mencegah, sila tanyakan doktor gigi tersebut tentang ujian DNA mulut yang dilaksanakan berkaitan jumlah bakteria yang terdapat dimulut anda. Jumlah bakteria ini banyak membantu para doktor untuk menyesuaikan perancangan pengubatan untuk anda.
- UJIAN KOLESTROL : Jika anda memiliki tekanan darah tinggi, diabetis, berlebihan berat badan, diet pemakanan yang buruk dan susur galur keluarga penyakit jantung, doktor anda juga ingin melihat jumlah LDL dan apolipoprotein B (apoB) yang anda milki.
Semoga 3 cara ini akan dapat membantu anda menjegah serangan jantung di peringkat awal lagi.
Post a Comment