Sememangnya manusia fitrahnya akan berkahwin dan melahirkan zuriat bagi kedua pasangan tersebut. Namun, dalam kegembiraan pasangan suami isteri menatang anak yang dilahirkan ada di sudut lain pasangan yang masih tersugul hampa kerana rumahtangga yang dibina bertahun lamanya masih sepi tiada gelak tawa apatah lagi tangisan anak sendiri.
Oleh itu, adalah patut bagi kita mengambil petua-petua atau tips mereka yang telah berjaya memperolehi zurait sendiri setelah mencuba petua-petua di bawah ini.
TIPS HAMIL
1. BERDOA : Berdoalah kepada Tuhan kerana segala rezeki dan pemberian hanyalah datang daripadaNya Yang Maha Pemberi Rezeki. Sebaik-baiknya mandi dan bersolat dahlu sebelum bersetubuh.
2. KETAHUI WAKTU SUBUR :
Waktu subur merupakan waktu pengeluaran telur benih wanita. Hari subur sebenarnya cuma 4 hingga 5 hari sahaja sebulan. Oleh itu, dengan mengetahui dengan tepat dapat memberi harapan yang lebih tinggi untuk hamil. Di masa kini terdapat alat Ovulation kit di farmasi untuk menentukan bila waktu subur anda yang tepat. Namun begitu, secara kiraan kasar kebiasaanya waktu subur berlaku di mana 2 minggu selepas haid isteri berlalu. Dalam masa tersebut suami perlu memainkan peranan untuk menyimpan sperma dan dilarang sama sekali mengeluarkan sperma.
- Suami di atas isteri - semasa melakukan persetubuhan dan sebelum memancutkan sperma, letakkan bantal di bawah punggung isteri untuk mengelakkan tumpahan sperma. Keadaan serviks isteri akan menjadi lebih terbuka dan lebih senang untuk menerima air mani. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi kerana ia menyebabkan sperma terkumpul di belakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkan untuk berenang dan bergabung dengan sel telur. Jika tidak dilaksanakan apa yang sepatutnya kemungkinan usaha anda akan sia-sia. Untuk memudahkan sperma berenang ke dalam rahim, isteri disarankan beristirehat selama 30 minit dengan keadaan bantal di bawah punggung atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejekulasi.
- Doggie Style - Posisi isteri sujud dan zakar dimasukan dari belakang juga dapat mengelakkan keciciran air mani. Setelah selesai, isteri digalakkan mengekalkan posisi itu beberapa minit sebelum tidur mengiring. Pendek kata, jika air mani masuk dengan betul dalam faraj keupayaan untuk hamil adalah tinggi.
- Langkah 1 : Ambil kacang hijau dan rendam selama dua hari menggunakan periuk. Air rendaman hendaklah sama aras dengan kacang hijau dan tenggelamkan kacang hijau tersebut ke dalam air. Kemudian, tutup periuk tersebut.
- Langkah 2 : Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulir kacang hijau yang ada. Kemudia rebus tauge itu dengan dua gelas air kira-kira 15 minit dengan api yang sederhana.
- Langkah 3 : Apabila air rebusanitu telah menjadi separuh, tapis dan ambil air ebusan tersebut dan penuhkan satu gelas. Minum air rebus itu tiap-tiap pagi bermula dari hari pertama haid sehingga waktu subur.
8. PENGAMBILAN SUPPLEMENT : VitaLea, B-Compex, Vitamin C, Vitamin E dan Selenium, Omega Guard, Zinc, Alfalfa dan asid Folik. Selain itu, perlu jugalah berjumpa dengan doktor untuk mengambil nasihat pakar untuk penerangan yang lebih lanjut.
9. MENGAWAL BERAT BADAN : Jika anda seorang yang obes maka carilah kaedah terbaik untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Jika seorang isteri mempunyai maslah badan terlalu gemuk atau terlalu kurus ia boleh membawa masalah kepada kesuburan. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI di antara 2- hingga 24 menunjukkan berat optimal.
10. JAUHI 3 PERKARA TIDAK SIHAT : jauhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok menggunakan dadah dan minuman keras tersebut bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan resiko keguguran dan komplikasi kehamilan
11. ELAK SELUAR DALAM KETAT DAN MANDI AIR PANAS :
- para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air pans. Ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentukan sperma) itu.
- RELAKS : setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress / tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.
Selamat mencuba semoga tips yang dikongsikan ini akan membuahkan hasil buat keluarga anda. Usaha dan tawakal dalah jalan menuju kejayaan.
Post a Comment