BREAKING NEWS

15 October 2013

Pulau Timbul Selepas Gempa Bumi

Pulau Muncul Secara Tiba-Tiba Di Pakistan (5 Foto) | Sesuatu yang tidak terduga apabila kejadian gempa bumi telah melanda di Awaran, Baluchistan di Pakistan baru-baru ini. Apa yang mengejutkan, sebuah pulau tiba-tiba muncul di kawasan Perairan terbabit dan sejurus mendapat perhatian orang ramai apabila ia jelas dapat dilihat. Ekoran daripada kejadian itu juga, pulau yang belum diberi nama ini sering menerima kunjungan orang ramai untuk melihat sendiri keajaibannya. Anda boleh lihat gambar di bawah ini.
pulau1
Menakjubkan apabila sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab selepas gempa bumi melanda Awaran, Baluchistan di Pakistan, kelmarin.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat memberitahu, gempa bumi itu berukuran 7.7 pada skala Richter. Gempa berkenaan amat kuat sehingga menyebabkan sebuah pulau kecil muncul di perairan Laut Arab.
Selepas gempa berlaku, penduduk di pesisiran pantai dekat pelabuhan Gawdar berhimpun untuk melihat kemunculan pulau kecil tersebut.
pulau2
Ketua pengarah Jabatan Meteorologi Pakistan, Arif Mahmood, berkata saksi melaporkan sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab dan boleh dilihat dari pantai.
“Gempa tersebut mungkin telah menyebabkan bumi di bawah laut naik, namun pihak berkuasa perlu menyiasat perkara itu,” katanya.
pulau3
pulau4
pulau5

Share this:

 
Copyright © 2014 Boleh Viral . Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates