Pada September 2013, Wan Kuzain Wan Kamal telah dipanggil utk menyertai kem skuad Amerika Syarikat U17.
Wan Kuzain Wan Kamal adalah warga Amerika yang dilahirkan di Malaysia. Digelar sebagai "New Lionel Messi", beliau dilahirkan pada September 1998 dan dianggap sebagai salah satu bintang berpotensi untuk Piala Dunia 2018 di Rusia.
Video semasa Wan Kuzin masih Kanak-kanak
Wan Kuzin Menyertai NPL Champions Cup
Dari satu sudut, Wan Kuzain adalah seorang warganegara Amerika dan pihak berkuasa bola sepak Amerika mahu beliau tinggal di Amerika Syarikat di bawah bimbingan mereka supaya dia boleh mewakili pasukan kebangsaan US. Namun, kerana latar belakang bapanya yang berasal dari Malaysia, kemungkinan Wan Kuzain sendiri akan memilih untuk bermain untuk Malaysia.
Jika ini berlaku, ia pasti mengundang rasa tidak puas hati para pegawai tinggi di US kerana merasakan seolah-olah satu pembaziran kepada mereka yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan karier Wan Kuzain.
“Why should we spend money on creating a super star for Malaysia,” kata salah satu sumber internet.
Tidak diragukan bahawa langkah Wan Kuzain kembali ke tanah air bapanya boleh menjadi bunuh kerjaya beliau kerana struktur bolasepak Malaysia tidak mampu memastikan Wan Kuzain mendapat bimbingan yang perlukan.
Post a Comment