| Bunga Kemunting Cina - Warna Putih |
Ambil akar pokok Kemunting Cina yang bunganya berwarna putih (bukan berwarna unggu). Kemudian asahkan pada buntut pasu bersama sedikit air. Selepas itu asahkan sedikit kemiyan bersamanya.
Minumlah air tersebut 2 kali sehari. InsyaAllah kesannya boleh nampak dalam masa 2 atau 3 hari berikutnya.
Batuk merupakan satu tindakbalas tubuh manusia untuk melindungi
paru-paru daripada bendasing yang masuk ke peru-paru selain udara.
Walaupun
batuk amat menyulitkan kehidupan kita sehari-hari namun ianya adalah
salah satu cara semulajadi tubuh manusia untuk memastikan saluran
kerongkong atau saluran pernafasan sentiasa lancar dan tidak berlendir.
Dengan
adanya batuk, ia akan memberi tahu otak kita bahawa terjadinya sesuatu
diluar norma dalam badan kita. Namun begitu jika batuk tersebut terjadi
berterusan ini berarti terdapat masalah besar pada badan kita.
Gejalanya dapat dikenalpasti apabila terjadinya kondisi kerongkong terasa sakit, gatal-gatal dan banyak lendir atau kahak pada salurannya.
Jika terdapat masalah tersebut pada diri anda segeralah berjumpa doktor. Jika masalah tersebut belum pulih anda bolehlah cuba rawatan Tradisional Melayu di atas.

Post a Comment