BREAKING NEWS

11 June 2012

Sultan Johor Sebak Lihat Sokongan Rakyat (UMNO)

 
"Tiada Rakyat... maka TiadaLah Raja.." Itulah titah DYMM Sultan Johor di hadapan rakyat di Istana Pelangi semalam..
Menurut sumber mengatakan seramai 30 ribu rakyat (UMNO) hadir pada perhimpunan tersebut...




Kenapa Mereka Tarik Istana Dalam Hal ini ??
salahnya sikit sahaja... Datuk Seri Ir. Haji Mohammad NizarJamaluddin  mempertikaikan Sultan Johor membeli plat kereta WWW1 dengan harga RM 500, 000.

Golongan yang ketandusan penyokong ini cuba memainkan sentimen ini untuk meraih sokongan rakyat yang semakin meminggirkan mereka dalam arena politik. Dalam bahasa yang mudah golongan terdesak !
Walau pun Datuk Seri Ir. Haji Mohammad NizarJamaluddin telah memohon maaf namun mereka tetap membakar api kebencian supaya rakyat yang lain mengikut perjuangan mereka...

Saya sebagai seorang melayu amat mendokong dan taat setia kepada ketuanan Raja-Raja Melayu... dan bukannya mempermain-mainkan ketinggian dan kedaulatan Tuanku Al-Sultan. Saya masih ingat tentang betapa gemilangnya negara bangsa kita sebelum ditipu dan dijajah oleh bangsa eropah suatu ketika dulu... namun saki baki mentaliti bangsa eropah ini masih ada dalam diri anak bangsa melayu yang laparkan kuasa dan harta benda demi mengenyangkan perut-perut labuh mereka... mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.....  Allah selamatkanlah Raja-Raja Kami Yang Beriman Dan Beramal Soleh..

 

Akhbar Utama Malaysia mengatakan 30, 000 (?)
Sandiwara klik di sini

Saya tumpang berbangga dengan kesetiaan rakyat.. akan tetapi saya sangsi dengan gonlongan ini yang nampaknya cuma mengalih perhatian rakyat jelata yang lain supaya menganggap merekalah pembela raja-raja Melayu... tidakkah mereka lupa suatu ketika dulu merekalah golongan rakyat yang menyokong pemipin UMNO untuk menjatuhkan maruah raja-raja Melayu... 

Siapa Durhaka ??? PAS atau UMNO ??

Share this:

 
Copyright © 2014 Boleh Viral . Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates