BREAKING NEWS

10 June 2012

Jin Nakal Bagaimana Untuk Berkompromi




Sebagai seorang muslim kita diajar untuk mejaga adab dan tingkah laku kita terhadap makhluk Allah S.W.T seperti binatang, tumbuhan, batu, kawasan gunung dan termasuklah juga terhadap makhluk yang tidak dapat di lihat iaitu jin.


Jin merupakan makluk yang diciptakan oleh allah daripada api. Jika manusia kita boleh melihat dengan mata kasar namun makhluk Allah ini tidak dapat dilihat oleh pacaindera mata manusia yang norma kecuali diizinkan oleh Allah S.W.T.

Mereka mempunyai ciri-ciri yang ada pada manusia iaitu ada jantina, anak, keluarga, mempunyai bahasa pertuturan, beragama, bersosial bersama mereka, bersikap baik dan ada pula bersikap jahat.

Persoalannya di sini ialah jin yang nakal atau jahat  yang keluar dari demansi mereka dan menggangu manusia sehingga manusia tersebut boleh kerasukan dan menjerit terlolong-lonlong.... Subhanallah !

Tidak kurang juga makhluk tersebut diajak keluar dari alam mereka oleh tukang-tukan sihir dan dukun untuk melaksanakan tugas jahat kepada seseorang... samada mereka diupah oleh orang lain atau kejahatan yang ada pada diri mereka sendiri.

Sebagai manusia yang beriman apa tindakan kita apabila berhadapan situasi seperti ini ?

Di sini saya ingin kongsikan bersama anda langkah-langkah yang biasa dilakukan oleh pengamal perubatan Islam.

Langkah tersebut adalah seperti berikut :

  1.  Kompromi atau mengajak akhluk tersebut berbicara..
  2. Membaca ayat suci Al-Quran / Doa-doa Ruqyah...
  3. Bertarung, menangkap, memenjarakan sang jin. Namun begitu ada juga pengamal perubatan Islam yang tidak menggalakan pengubatnya untuk melakukan terlalu kekerasan kepada makhluk ini seperti Darul Syifa' (Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)... malah lebih menggalakkan mengajak makhluk tersebut memeluk Islam. Jika mereka belum Islam.
  4. Membunuh Jin tersebut ....




Share this:

 
Copyright © 2014 Boleh Viral . Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates