Mata merupakan angurah Tuhan yang tidak ternilai kepada manusia. Ia merupakan sepasang pancaindera yang amat membantu manusia dikala meneruskan kehidupan di dunia sama ada untuk bekerja, menonton tv, beriadah, menikmati keindahan alam dan lain-lain.
Tahukah kita bahawa mata juga memainkan peranan penting untuk mencapai keredhaan Tuhan. Ungkapan orang tua mengatakan bahawa "Dari Mata Turun Ke Hati" merupakan satu peribahasa yang amat tepat menggambarkan peranan mata dalam membentuk sahsiah manusia.
Jika tersalah guna atau sememangnya ingin menggunakan kelebihan mata untuk perkara yang keji maka tunggulah pembalasan Tuhan sama ada di dunia atau di akhirat kelak.
mari sama-sama kita hayati jenis-jenis mata yang dicintai oleh Tuhan semesta alam.